Tuesday, June 7, 2011

Hukum Bunuh Cicak..

Terdapat banyak hadis tentang hukum membunuh cicak, antaranya:

1. Riwayat dari Ummu Syarik: ”Sesungguhnya nabi s.a.w menyuruhnya membunuh cicak”

2. Riwayat dari Amir Bin Saad dari ayahnya: “Sesungguhnya nabi s.a.w menyuruh membunuh cicak dan menamakannya sebagai Fuwaisiqah”

3. Riwayat dari Abi Hurairah dari nabi s.a.w: “Sesiapa yang membunuh cicak dengan sekali pukulan dituliskan baginya 100 kebajikan, dan membunuhnya dengan 2 kali pukulan dituliskan baginya kebajikan kurang dari yang pertama, dan membunuhnya dengan 3 pukulan, kebajikannya kurang dari yang kedua”

Saudara boleh rujuk hadis ini dalam Sahih Muslim dalam “Kitab Qatlul Haiyyat”

Ibnu Kathir meriwayatkan dalam kitabnya “Al-Bidayah Wa Nihayah” bahawa nabi menyuruh
membunuh cicak kerana semasa nabi Ibrahim Alaihissalam dibakar semua binatang cuba
utk memadamkan api, sedangkan cicak menghembus utk memarakkan lagi api.

Jadi dari hadis diatas,maka jelas disini bahawa membunuh cicak adalah sunat hukumnya tetapi tidak dikaitkan dengan hari jumaat atau mana2 hari.

Jadi moralnya, marilah kita bunuh cicak. Kenapa?

1) Rumah jadi kotor dengan tahinya

2) Bising, tengah malam baby nak tido asyik cak cak cak!!!

3) Rumah bukan tempat penternakan mereka

4) Nabi suruh bunuh...BUNUH jelaaa...!!!

Perlu difahami, perkataan bunuh itu sendiri tidak boleh disertakan dengan sebarang bentuk penganiayaan, penyiksaan, atau apa jua tindakan yang tidak berperikemanusiaan terhadap haiwan, apatah lagi dengan tujuan untuk berseronok! Ia dikira ibadah. Maknanya, nak buat ibadah tak boleh main-main. Jangan lupa pula untuk baca ta'wuz! ( Auzubillahi minas syaitoonirrajiim )




Baca dan LIKE jer? Comment la sikit.. =P

0 comments: