Thursday, June 30, 2011

Kenali Kulit Wajah dan Cara Penjagaan..

Terdapat 5 jenis kulit wajah: normal, berminyak, kering, kombinasi, dan sensitif. Untuk mengetahui jenis kulit Anda dengan cara mudah. Ambil selembar tisu atau kertas makeup khusus untuk mengangkat minyak, lalu perhatikan di mana minyak-minyak di wajah Anda berkumpul. Lakukan sekitar beberapa jam setelah wajah dibersihkan, dalam suhu ruangan yang normal (tidak dingin, tidak panas). Tekan-tekan tisu tersebut di titik T-zone (hidung dan daerah dahi bagian atas alis mata), lalu perhatikan. Alihkan ke titik-titik lain di wajah Anda, dan perhatikan lagi sisanya. Berikut tanda-tandanya dan artinya:

1. Kulit normal :
Tak akan ada banyak sisa minyak, atau ada sedikit sisa minyak dari wajah di titik T-zone. Jika kulit Anda normal, kulit wajah Anda akan terasa lembut dan kenyal di seluruh bagian wajah secara merata.

Cara Penjagaan : Tidak memerlukan terlalu banyak penggunaan kosmetik dan dapat menghasilkan mekap yang tahan lama. Kulit hanya memerlukan pencucian yang lembut. Urut sehingga kedua-dua belah pipi berubah kemerahan. kemudian, gunakan toner untuk membunang daki degil yang terlekat jauh di dalam kulit atau liang roma. Akhiri dengan krim atau moisturizer sambil mengurut jari-jemari menghala ke atas.

2. Kulit kering :
Seperti kulit normal, tisu tak akan banyak mengandung minyak, namun akan ada kulit-kulit yang mengelupas, terasa kencang, dan kering.

Cara Penjagaan : Menggunakan pencuci muka yang berbuih atau berasaskan losyen dan susu dapat mengatasi masalah ini. Biarkan ia di atas kulit sebelum dibersihkan dengan kapas lembut. Kemudian, cuci dengan air sejuk. Pastikan anda menggunakan krim pelembab yang mempunyai tahap kelembapan yang tinggi. Gunakan krim malam untuk perapian dan rawatan yang lebih efektif. Akhirnya, sebelum mengenakan solekan, pastikan kulit wajah disapukan dengan sedikit moisturizer.

3. Kulit berminyak :
Akan tersisa banyak sisa minyak di tisu atau kertas minyak yang Anda gunakan, namun minyak ini berasal dari seluruh bagian wajah, daerah T-zone, pipi, dagu, dan dahi. Mudah untuk mengenali kulit berminyak, karena biasanya jenis kulit ini memiliki pori-pori besar dan berjerawat.

Cara Penjagaan : Jenis kulit ini memerlukan penjagaan khas. Gunakan pencuci muka yang bebas minyak. Jangan menyental muka terlalu kasar kerana akan menghilangkan lembapan semulajadi kulit. Selepas membersihkan wajah dengan pencuci muka, gunakan losyen penegang kulit dan krim pelembap yang berasaskan kandungan air rendah. Boleh juga menggunakan moisturizer yang tertera 'nonacnegenic' kerana tidak menimbulkan masalah jerawat.

Penggunaan kosmetik seharusnya dilakukan ketika wajah benar-benar kering. Ini kerana kulit yang masih basah akan menyebabkan kosmetik tidak dapat dipakai dengan sempurna.

4. Kulit kombinasi :
Kulit kombinasi berarti Anda memiliki kulit berminyak dan kulit kering (bukan normal). Jika kertas minyak yang Anda gunakan mendapati banyak minyak di daerah T, namun Anda juga mendapati bahwa sisa kulit Anda mengelupas atau kering dan kencang, maka kulit anda termasuk jenis kombinasi.

Cara Penjagaan : Cuci muka menggunakan pencuci muka bersesuaian di waktu pagi dan krim pembersih di sebelah petang untuk melembapkan bahagian muka yang kering. Gunakan losyen penegang kulit untuk bahagian muka yagn berminyak dan krim penyegar di bahagian yang kering. Akhiri dengan krim pelembap pada keseluruhan muka dan di bahagian yang kering.

5. Kulit Sensitif :
Kulit sensitif tidak akan banyak meninggalkan sisa minyak, tapi akan cenderung kering dan terasa kencang. Sering berwarna kemerahan, mengelupas, dan sering terasa gatal ketika diaplikasikan produk perawatan kulit, juga rawan berjerawat. Setelah mengetahui jenis kulit wajah, akan lebih mudah untuk merawat dan membeli produk perawatan yang paling tepat untuknya. Namun perlu diingat, ini adalah teknik dasar untuk mengetahui jenis kulit. Jika Anda masih belum yakin atau ingin lebih dalam merawat kulit wajah Anda, temuilah dokter kulit atau pakar kesehatan kulit untuk mendapatkan perawatan yang terbaik.

Cara Penjagaan : Elakkan dari memilih pencuci atau alat solek yang mengandungi pewangi, asid buah, pati tumbuh-tumbuhan yang merangsang kelembapan muka dan enzim yang mengakibatkan pengelupasan kulit. Jauhi semua pencuci muka berbentuk gel.


**jangan sampai jadi macam nie pulak.. =P


Baca dan LIKE jer? Comment la sikit.. =P

0 comments: