" Anak-anak ayah... bila ayah sudah tidak ada nanti, kamu amalkan dua pesanan ayah ini. Pertama, jgn sekali-kali menagih hutang pada org yg b'hutang dgn kamu. Kedua, apabila hendak pergi dan balik dari kedai, jangan sekali-kali kamu benarkan dirimu terkena cahaya matahari. Amalkan pesanan ayah ini, nanti perniagaan kamu akan berjaya," pesan lelaki tua itu.
Tidak berapa lama kemudian, lelaki tua itu pun menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Selepas lelaki tua itu meninggal dunia, perniagaan dan kedai-kedai yg ditinggalkannya diuruskan oleh kedua anak lelaki tadi. Kedua-dua beradik berkenaan menuruti pesanan yang ditinggalkan oleh arwah ayah mereka. Anehnya, selepas setahun, perniagaan anak yang bongsu jatuh merudum. Sebaliknya, perniagaan yang diuruskan oleh si abang pula bertambah besar dan maju.
Suatu petang, si ibu berjumpa dengan kedua-dua anak lelakinya tadi. Dia bertanya, apa terjadi pada perniagaan mereka. Si adik terus mengeluh dan memberitahu, kini dia hampir bankrap.
"Apa yang kamu buat? Kamu ikut tak pesanan arwah ayah kamu," tanya si ibu.
"Ikut, mak. Saya tidak pernah menagih hutang dari mereka yang berhutang dengan saya. Tapi masalahnya mereka tak bayar pun hutang-hutang mereka. Hutang itu sudah terlalu banyak sampai saya kehabisan modal.
“Untuk mengelakkan daripada terkena cahaya matahari, setiap hari juga saya terpaksa keluarkan duit tambahan bagi membayar tambang beca untuk ke kedai. Mak, sekarang duit saya dah tak ada lagi, saya kene tutup perniagaan saya.”
Si ibu berpaling pula ke arah anak sulungnya. Dia bertanya, bagaimana perniagaannya boleh bertambah maju dan besar.
Jawab si abang, “Bila ayah kata jangan tagih hutang daripada orang yang berhutang dengan kita, maka saya buat keputusan semua urusan perniagaan saya mesti dibayar dengan tunai. Tidak boleh hutang. Hasilnya, modal saya bertambah dan perniagaan saya berjalan lancer.
“Kemudian, disebabkan ayah kata jangan benarkan diri kita kene cahaya matahari semasa pergi dan balik dari tempat kerja, maka saya pergi kerja sebelum matahari terbit dan pulang bila matahari terbenam. Ayah memang bijak, pelanggan saya semakin hari semakin bertambah sebab kedai saya dibuka paling awal dan ditutup paling lewat.”
Si ibu tersenyum. Ternyata anak sulungnya itu dapat membaca maksud di sebalik pesanan yang ditinggalkan oleh arwah ayahnya dulu.
0 comments:
Post a Comment