Saturday, July 30, 2011

Kelebihan Bulan Ramadhan..

Assalamualaikum. Bulan Ramadhan Al Mubarak yang sedang kita berpuasa ini adalah bulan yang penuh dengan banyak keberkatan di dalamnya. Banyak kelebihan yang terdapat dalam bulan yang mulia ini. Di sini saya ingin berkongsikan dengan anda di antara beberapa kelebihan yang terdapat pada bulan Ramadhan ini berbanding dengan bulan-bulan islam yang lain.
1) Bulan Ramadhan adalah bulan keampunan
Di dalam bulan ini segala dosa akan diampunkan oleh Allah jika kita banyak berdoa dan memohon ampun kepadaNya. Setiap dari kita yang bernama manusia sudah tentu tidak terlepas dari melakukan dosa-dosa semasa hidup di dunia ini. Ambillah keberkatan yang ada pada bulan ini dan ikhlas memohon kepadaNya supaya dosa-dosa yang telah dilakukan akan diampunkan.
2) Bulan yang ada padanya Lailatul Qadar
Lailatul Qadar adalah malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Malam yang  paling baik ini dikurniakan kepada umat islam untuk mendapatkan keampunan dari Allah dan mendapatkan pahala melalui amalan yang dilakukan pada malam tersebut. Segala amalan yang dilakukan pada malam ini akan digandakan pahala amalannya.
3) Bulan yang padanya permulaan penurunan Al Quran
Al Quran kitab suci agama islam yang menjadi mukjizat sehingga ke hari kiamat. Al Quran adalah pembimbing kepada umat islam agar tidak tersesat dalam hidup mereka selagi mereka terus berpegang kepada kitab suci ini. Pada bulan Ramadhan ini kita sangat-sangat digalakkan untuk memperbanyakkan bacaan Al Quran untuk mendapat ganjaran pahala yang besar.
4) Bulan pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup
Pinta syurga akan dibuka seluas-luasnya dan pintu neraka akan ditutup serapat-rapatnya. Ianya adalah sebagai tanda kemuliaan bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan. Syurga adalah tempat yang di idam-idamkan oleh semua orang pada hari akhirat nanti.
5) Bulan tiada syaitan yang bermaharajalela
Pada bulan yang mulia ini syaitan-syaitan akan dibelenggu. Tiada lagi makhluk yang bernama syaitan yang akan menghasut manusia ke arah kemungkaran. Tapi manusia masih mempunyai nafsu untuk dihalang agar dijauhkan dari melakukan kemungkaran.
6) Bulan pahala amalan dilipat gandakan
Segala amalan kebaikan pada bulan ini akan digandakan amalan kebaikan tersebut. Pada bulan ini kita sangat-sangat digalakkan memperbanyakkan amalan sunat seperti sedekah, selawat, berzikir, membaca Al Quran dan banyak lagi amalan-amalan lain. InsyaAllah segala amalan yang kita lakukan akan dilipat gandakan oleh Allah.
7) Bulan yang agung dalam islam
Bulan Ramadhan adalah bulan yang paling mulia berbanding bulan-bulan islam yang lain. Ini kerana pada bulan ini banyak keberkatan dan rahmat Allah yang dikurniakan kepada hamba-hambanya.
Semoga dengan kelebihan yang terdapat pada bulan Ramadhan yang mulia ini akan membuatkan kita semakin kuat untuk melakukan ibadah kepada Allah. Semakin banyak amalan yang dilakukan mudah-mudahan akan memberi semakin banyak pahala kepada kita. InsyaAllah.


Baca dan LIKE jer? Comment la sikit.. =P

12 comments:

Ana Amalina said...

thank 4 sharing =)

Shida Radzuan said...

selamat menjalni ibadah puasa ^_^

areyf said...

cik ana

same-same.. =P

areyf said...

shida'R

selamat kat awk juga..

Che Mat Celaru said...

salam ramadhan..smoga ramadhan thun dpat mningkatkn lg keimanan & k'tkwaan kita pda ALLAH swt..okay??

Cikgu Khairul Arif said...

masyaAllah,banyak nya kelebihan ramadhan

selamat menjalani ibadah puasa ^^

.F.i.D.a. said...

salam ramadhan al mubarak. :)

Ce'gu JAERA said...

alhamdulillah, sebuah info yang menarik untuk kita kongsi2kan bersama di bulan kemuliaan ini..

anyway selamat berpuasa juga ya .. moga ramadhan ini akan menambahkan amal dan ibadah kita.. selamat berpuasa.

Ikhlas ~Gen2Merah~

areyf said...

Che Mat Celaru

selamat berpuasa.. =P

areyf said...

roti_tisu

selamat berpuasa.. =P

areyf said...

fida

selamat berpuasa.. =P

areyf said...

Gen2Merah

selamat berpuasa.. =P